Friday, April 8, 2011

BILA ORANG TUA CAKAP HARUS HORMAT DAN DENGAR

Sebenarnya aku dah lama tak jumpa si penjelita tua namun minggu lepas aku cuba gather some kudrat melawat kerana si penjelita tua ingin menamatkan perjalanan hidup dan memerlukan khidmat masyarakat muda seperti aku to talk to.

Si penjelita tua lalu dimakan rakusnya sup ayam yang dibuat oleh Puan D walaupun pada mula kami datang membawa makanan dia memberi respon "Tak lalu nak makan. Sakit badan sakit sendi, muntah bagai tengok makanan pon rasa tak mahu" 10 minit kemudian, mangkuk sup tersebut licin apadehal.

Selalunya jika aku sudah berminggu tidak ketemunya, dia mesti menyembur bahasa sarcasm. Bukan main tau orang tua tua ni pandai bermain sarcasm bukan orgasm.

Ok sebenarnya aku takdalah nak cerita pasal si penjelita tua ni sampai habis. Hangin ye peduli apa aku. Sebenarnya aku nak cerita pasal insan emas yang merupakan membe baik aku punya orang tua dilabelkan sebagai nenek alaf baru.

"anis, dah makan? Meh lah makan dengan nenek sekali"
"Dah nek. Takpa nenek makan lah dulu, tadi dah makan dah"

5 minit kemudian

"anis, dah makan? Meh lah makan dengan nenek sekali"
"Dah nek baru tadi lepas"

10 minit kemudian

"anis, dah makan? Meh lah makan dengan nenek sekali"
"Nek, dah makan dah tadi"

10 minit kemudian

"anis, dah makan? Meh lah makan dengan nenek sekali"
"Berapa kali nenek nak tanya? Dah kan"

Kali keempat dia tanya aku memang terlampau jujur dan emosi. Ya Allah permudahkan lah dia, permudahkan lah aku jika dipanjang umur agar kuat ingatan tidak nyanyok lagi 40 tahun akan datang.