Friday, April 8, 2011

kesakitan satu pernah



"Bila aku keseorangan, ada kau kisah? Bila aku sakit di dalam, ada kau kisah?"

Maka itu lah manusia. Siapa aku untuk menghakimi tapi itulah realiti. Bukan expectation
Realiti mungkin sakit untuk dihadapi. Tapi lagi sakit bagi siapa yang mementingkan diri Terpinga-pinga mencari jalan. Hati tidak terurus, gundah segala. Ada kau kisah?

Kalau aku jalan sorang sorang dalam terowong gelap. Buta. Tidak nampak pemandangan, hanya kegelapan. Takut. Tidak tahu untuk berpaut pada siapa, mana. Jauh ke dalam. Kegelapan. Menjerit. Ada kau kisah?

Kalau aku seorang yang berkongsi masalah. Mungkin menjangkaui segalanya. Jika masalah dan ketakutan ini membelenggu. Tiap masa. Tiap inci. Yang harus aku hadapi segala. Merah mata memikir. Ada kau kisah?

Kalau aku kehilangan seseorang. Yang paling dekat, mungkin insan melahirkan aku. Yang memberi kasih sayang kepadaku selama aku hidup. Yang memberi nafkah segala kepadaku. Dan jikalau mereka pergi. Pergi selamanya. Nangis. Keseorangan. Ada kau kisah?

Mungkin kau tidak memahami. Mungkin kau tak mahu memahami. Mungkin kau tidak suka untuk memahami. Mungkin kau juga tidak akan memahami. Namun tiada siapa yang peduli. I don't give a shit kata orang puteh. Aku tak sedih, aku tak kesian, aku tak mungkin gembira tapi ada kau kisah?

Aku tak kisah jika segala benda ni terjadi. Mungkin sudah terjadi dan mungkin akan terjadi, siapa yang tahu? Biarlah segala benda berlaku selari dengan hikmahnya. Biarlah padam perasaan ini.