Friday, April 8, 2011

lifee

Ke hadapan masa depan tercinta macam rasa nak gomol laju laju.

Aku mungkin tak tau kondisi kau dekat sana bagaimana. Sihat. Sakit. Berjaya. Sampah. Hidup. Mati. Entah

Kau harus terima hakikat yang suatu hari semua orang disekeliling akan pergi. Tinggalkan kau. Kalau sedih segala, manusia yang kau perlukan nasihat angelic berbunga bukan aku. Maaflah. Senang untuk aku memberi nasihat. Keringkan hati biar jadi besi. Kuat bantai balun tetap gah.

Cukuplah dengan lawak-lawak busit sebelum ni. Cukuplah dengan angan-angan tahi manusia selama ni. Cukuplah dengan muka muka mengencing selama ni. Cukup lah dengan manusia membuat hidup macam cilaka. Cukup dengan manusia berhati korap.

Sekarang aku nak sambung belajar. Belajar menstrukturkan hidup daripada kehancuran. Belajar separuh mati sampai tinggi boleh. Kemudian kahwin. Pergi mekah insyaAllah buat haji. Selepas 5 dekad masih berpegang tangan, comolot, belaga-laga pipi dengan bini walaupun dah kerepot dan bongkok sabut. Ada anak ada cucu cicit.
Bagi aku, cukup.