Friday, April 8, 2011

sihir otak lu ,

Suatu hari Ustazah pernah mengeluarkan statement keramat tusukan jiwa. Sihir merupakan salah satu syirik dan balasan pula memang unspeakably pedih. Kalau tidak sempat bertaubat memang dihumban yang ke tujuh. Tiada sujud kesal. Baca di sini untuk lebih lanjut.

Ini cerita cilaka pertama.
Melayu A inginkan partnership dengan melayu B tentang salah satu projek major dunia yang menelan kos berjuta dan hasil, berlipat kali ganda. Melayu B kemungkinan tidak memerlukan khidmat melayu A kerana modal melayu B sendiri sudah cukup untuk menampung projek itu. Disebabkan iri hati dan tidak tercapai akal melayu A, dia berjumpa bomoh jawa dan memulakan fikiran khianatnya untuk menyihir melayu A. Setelah melayu A sakit parah dan tidak boleh menjejaki bumi, melayu B menghilai kepuasaan lalu disapunya projek dunia besar-besaran tersebut.

Ini cerita cilaka kedua.
Mak melah sedang sibuk menyelenggara kedai runcitnya, pelanggan pula semakin ramai. Mak enon pula mula memandang serong dan memberi panahan maut ke arah mak melah kerana kedai runcit mak enon hanya ditemani oleh semutan. Pelanggan tiada pula ramai. Lalu mak enon geram dan iri hati, memulakan intention dengan berjumpa bomoh pingitan kampung terhebat. Sehingga suatu hari kedai runcit mak melah tutup kerana mak melah sakit misteri. Kemudian mak enon tersengih syaitan.

Ini cerita cilaka ketiga.
Famili makcik A ditakung dengan kebahagiaan yang tertinggi. Frasa rumahku syurgaku memang tidak asing lagi tambahan pula rezeki berlebihan, pak kassim suami si makcik A telah beli satu bentley. Namun perasaan benci syaitan makcik B melimpah ruah, menggelejat bila tengok famili makcik A terlampau happy. Langkah seterusnya, macam biasa mendajal orang.

Cerita-cerita di atas tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Direka dari sanubari semata

Ok lah, manusia yang mengamalkan sihir untuk mendajalkan orang lain tanpa atau bersebab memang layak bertandang paling bawah darjat dunia. Lebih sial daripada binatang. Paling menyedihkan bangsa sendiri tidak pula boleh tengok bangsa yang sama berjaya. Melayu kita sendiri pulak tu, lagi lah sedih. Sepatutnya sebagai pembakar semangat melihat kejayaan orang lain untuk kick start hidup to the next level.

Aku terlampau benci topeng syaitan ini kerana pengalaman hidup sendiri, manusia paling aku sayangi pernah terkena jeratan suatu masa dahulu. Sehingga definisi kematian ditulis.

Aku bukan tuhan untuk menghakimi. Doalah engkau diturunkan hidayah sekali, bertaubatlah engkau engkau dan engkau yang mengingkari kerana sumpah masa tidak lama lagi akan collapse